Tiktok:
  • 33342
    Clasificación global
  • 1960
    Clasificación de país / región
  • 1.47M
    Seguidores
  • 235
    Videos
  • 25.43M
    Gustos
  • Nuevos vídeos
    71
  • Nuevos seguidores
    3.79K
  • Nuevas vistas
    7.95M
  • Me gusta nuevos
    439.32K
  • Reseñas nuevas
    11.66K
  • Compartir nuevo
    126.42K

Malaysia Trends  Tendencia de datos (30 dias)

Malaysia Trends Análisis estadístico (30 dias)

Malaysia Trends Videos calientes

Malaysia Trends
Seorang lelaki berusia 20-an meninggal dunia hanya empat hari selepas mengalami demam, muntah dan cirit-birit. Puncanya dipercayai penyakit kencing tikus (leptospirosis) yang berkemungkinan besar akibat minum terus dari tin minuman tanpa membasuh dulu. Mangsa baru sahaja menyertai aktiviti mendaki sebelum jatuh sakit. Pada awal disangka mangsa demam biasa, namun bakteria leptospira sebenarnya sudah mula merosakkan organ dalamannya seperti buah pinggang, paru-paru dan jantung. Beliau meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital. #berita #beritatiktok #malaysiatrend #kamikongsi #virus
7.79M
78.4K
1.01%
2.46K
1.62K
34.33K
Malaysia Trends
Seorang lelaki di Malaysia telah menarik perhatian netizen apabila membuat pengumuman penutupan pasar raya dalam empat bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil. Video yang dimuat naik di akaun TikToknya menunjukkan beliau dengan lancar menyampaikan makluman bahawa pasar raya tersebut akan ditutup dalam masa lima minit. Kebolehan beliau bertutur dalam pelbagai bahasa ini mendapat pujian ramai, dengan beberapa netizen mencadangkan agar empat bahasa tersebut dijadikan bahasa utama yang diajarkan di sekolah. #multilingual #MalaysiaTrends #lotus
1.65M
52.22K
3.17%
433
1.22K
2.48K
Malaysia Trends
Seorang kerabat Diraja Pahang dilaporkan telah ditahan polis selepas dipercayai menikam seorang lelaki di sebuah kelab malam di Kuantan, awal Mei lalu. Menurut laporan Malaysia Kini, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu namun enggan mendedahkan identiti kerabat berkenaan. Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun mendakwa insiden berlaku selepas dia beberapa kali ‘terlanggar’ kerabat tersebut di sebuah pusat hiburan lain sebelum ini. Disebabkan insiden itu, mangsa diarahkan untuk mohon maaf dan beri ‘angpau’ berjumlah RM1,200 kepada kerabat tersebut. Ketika bertemu semula di kelab malam, kerabat berkenaan didakwa berang dan memberi isyarat kepada pengawal peribadinya. Mangsa kemudiannya dipukul dengan jug kaca di kepala dan ditikam dengan pisau lipat. Kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa. #kerabatdiraja#Malaysiatrends
1.16M
28.84K
2.48%
173
1.04K
3.74K
Malaysia Trends
Seorang pengguna X (Twitter) menegur fasiliti tandas di pusat pickleball milik Amelia Henderson, Pickle Depot di Sentul, Kuala Lumpur kerana tiada bidet atau paip air. Pengguna tersebut menulis, “Awak mesti pasang bidet… Kita orang Malaysia, bukan mat salleh tak cuci bontot.” Teguran itu mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa penggunaan air adalah standard kebersihan di Malaysia. Ramai berpendapat, hanya menyediakan tisu menggambarkan pengaruh gaya Barat yang tidak sesuai dengan budaya tempatan. Setakat ini, Amelia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu tersebut, namun pengikut berharap pihaknya akan ambil tindakan untuk menaik taraf kemudahan tandas di premis tersebut. #ameliahanderson #pickleball #sentul #malaysiatrends
1.05M
30.63K
2.91%
31
191
542
Malaysia Trends
Korang minum air ni rasa petai jugak ke? #airmineral #viral #rakyat #malaysitrends #beritatiktok
692.51K
10.97K
1.58%
280
602
3.39K
Malaysia Trends
Satu video tular menunjukkan pasangan suami isteri bergaduh di sebuah pasar raya, dengan si suami membaling barang dan menghempas troli. Insiden itu dipercayai berkaitan persiapan Hari Raya Aidiladha. Namun, netizen mencurigai kejadian tersebut hanyalah 'content' terancang, terutamanya selepas seorang content creator yang 'kebetulan' berada di lokasi merakam reaksi senyum dan membuat isyarat 'peace'. Tindakan ini menimbulkan spekulasi bahawa pergaduhan itu mungkin direka untuk tujuan pemasaran atau kandungan media sosial. #suamiisteri #gimik #Malaysiatrends
685.56K
12.87K
1.88%
131
394
603
Malaysia Trends
Seorang wanita tampil mendedahkan pengalaman pahit dibuli ketika di bangku sekolah menengah apabila salah seorang pembuli yang pernah mengasarinya kini menjadi seorang pembaca berita terkenal. Dalam perkongsian di media sosial, wanita itu mendakwa kejadian berlaku ketika dia di Tingkatan Empat, melibatkan lebih sembilan pelajar perempuan. Dia dipukul, kepalanya ditunjal, tudung direntap dan dicampak dari aras atas ke bawah bangunan sekolah. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, mangsa mengakui trauma tersebut masih membekas dalam dirinya. Lebih mengejutkan, salah seorang pelaku kini aktif di kaca televisyen sebagai pembaca berita, namun tidak pernah tampil meminta maaf. #buli #pelajar #pembacaberita #netizen #malaysia #malaysiatrends
582.82K
9.5K
1.63%
47
1.04K
365
Malaysia Trends
Tindakan Zizi Kirana dan suaminya, Yusuf Bahrin, saling ‘unfollow’ di Instagram telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai status perkahwinan mereka. Zizi memuat naik hantaran di Threads dengan nada yang agak sedih, antaranya ketika Awal Muharram: “Aku belajar tak menutup pintu sepenuhnya, tapi juga tak membukanya untuk semua. Ada hal-hal yang cukup disentuh daripada kejauhan.” Hantaran itu seolah-olah menggambarkan dirinya sedang melalui fasa sukar. Zizi juga berkongsi bahawa dia telah berpindah rumah dan menggambarkan kediaman barunya sebagai tempat yang “tenang dan sunyi” satu lagi petunjuk bahawa dia mungkin sedang mencari ketenangan. Di pihak Yusuf pula, tiada sebarang hantaran peribadi mengenai isterinya sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Hantaran terkininya hanya berkisar tentang kerja. #MalaysiaTrends #ZiziKirana #yusufbahrin
494.74K
6K
1.21%
26
139
448
Malaysia Trends
Tealive hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang pelanggan mendakwa data peribadinya telah bocor ketika membuat aduan kepada cawangan Tealive NU Sentral. Dalam kenyataan rasmi, Tealive mengakui terdapat pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP). Aduan pelanggan diserahkan kepada Pengurus Kawasan untuk diuruskan, tetapi secara tidak sengaja tangkapan layar yang mengandungi maklumat peribadi dikongsikan kepada kakitangan cawangan. Seorang kakitangan kemudiannya menghubungi pelanggan secara langsung tindakan yang jelas menyalahi SOP syarikat. #tealive #staff #report #viral #malaysiatrend
466.18K
11.23K
2.41%
6
293
372
Malaysia Trends
Baru-baru ini tular kisah seorang pekerja yang didakwa dibuang kerja selepas menerima sumbangan daripada content creator terkenal, Cikgu Shaari. Menurut pekerja tersebut, wang tunai dan hadiah itu diberikan secara peribadi kepadanya, namun majikannya meminta agar sumbangan itu dikongsi bersama staf lain. Bila dia enggan, dia terus diberhentikan. Perkara ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyokong pekerja terbabit. Ramai merasakan sumbangan yang diberikan secara individu sepatutnya menjadi hak penerima sepenuhnya, bukan dikongsi atas arahan majikan. Susulan kontroversi itu, pemilik gerai tampil memberi penjelasan. Katanya, dia hanya berniat agar rezeki itu dapat dikongsi bersama semua staf, bukan untuk mengambil apa-apa hak. Dia turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan menegaskan bahawa dia tidak pernah mengambil wang atau hadiah tersebut. Ramai berharap isu seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada semua, terutama majikan, agar lebih telus dan adil dalam menguruskan hal pekerja. Kalau rezeki datang secara individu, hormatilah hak penerima. #malaysiatrends #contentcreator #fyp #rakyat #netizen
459.79K
7.92K
1.72%
27
673
276
Malaysia Trends
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke landasan di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong sekitar jam 6:05 petang tadi. Menurut Bomba Selangor, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kejadian ini menyebabkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Putra Heights yang kini hanya beroperasi sehingga Stesen Kinrara BK5. #LRT #Malaysiatrends
414.25K
4.13K
1%
237
77
1.46K
Malaysia Trends
Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh yang dikenali sebagai 'Bos Susu', mencuri perhatian ramai apabila mempromosikan ais krim Choco Bar keluaran syarikatnya dengan kapsyen berunsur 'double meaning'. Dalam hantaran tersebut, beliau menulis: "Aku koyakkan baju dia, aku tarik dia keluar. Aku masukkan dalam mulut dan aku gigit, aku kemam dia sampai dia cair dalam mulut. Aku telan." Walaupun kontroversial, Boss Susu berjaya menarik perhatian netizen yang lebih tertarik dengan harga berpatutan ais krim tersebut, iaitu RM1.50. Namun, selepas mendapat perhatian, Azmi telah menukar kapsyen tersebut beberapa minit kemudian. #bossSusu#Malaysiatrends
398.32K
5.07K
1.27%
13
124
613
Malaysia Trends
Emma Maembong menegur sikap segelintir pelakon muda yang suka berparti tetapi tidak menepati masa ketika penggambaran. Menurut Emma, sikap tidak profesional seperti datang lambat atau tidak hadir ke set bukan sahaja menyusahkan produksi, tetapi juga kru dan pelakon lain. Beliau menekankan pentingnya disiplin dan komitmen dalam industri seni, serta menyeru pelakon baharu agar lebih menghormati kerja orang lain. #emmamaembong #MalaysiaTrends
389.38K
11.66K
2.99%
13
48
62
Malaysia Trends
Mohd Fadli Salleh menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyiasat seorang guru yang didakwa membuat kenyataan biadab berhubung kematian 15 pelajar UPSI dalam kemalangan baru-baru ini. Beliau menyifatkan komen yang dibuat guru itu sebagai sangat keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan, sambil menegaskan bahawa “mamat ni seorang cikgu!” dan menyeru KPM menilai tahap kesihatan mental guru berkenaan. Dalam hantaran susulan, Cikgu Fadli mendedahkan bahawa guru tersebut mengaku mempunyai masalah kesihatan mental. Beliau mencadangkan agar guru itu diberi cuti rehat dan menjalani rawatan sewajarnya: “Cikgu ni ada sakit mental. Sepatutnya dia dan orang terdekat patut bawa dia berubat … Rehat dulu dari jadi cikgu.” Beliau turut menekankan pentingnya tindakan awal seperti cuti tanpa gaji atau pencen ilat sebelum perkara lebih buruk berlaku di sekolah, bukannya menunggu sehingga berlaku insiden serius. #UPSI #Malaysiatrends
338.67K
3.2K
0.94%
231
562
1.25K
Malaysia Trends
Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 25 Januari 2025 di Megastar Arena, Kuala Lumpur sebagai sambutan dua dekad pembabitan Mawi dalam industri yang pada mulanya ditunda ke Julai 2025 sebagai tanda hormat kepada mangsa banjir. Namun, pada 6 Ogos 2025, Showtag Asia selaku penganjur mengumumkan pembatalan penuh konsert tersebut atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Dalam kenyataan rasmi di Instagram, pihak penganjur memohon maaf kepada peminat dan menyatakan komitmen untuk menanggung sepenuhnya proses pemulangan wang tiket. Mereka menegaskan bahawa keputusan ini bukan mudah, namun perlu dibuat demi keselamatan dan tanggungjawab moral, dan amat menghargai sokongan yang telah diberikan oleh peminat setia Mawi selama ini. #mawi #mawiworld #tsumawi #malaysiatrends
334.46K
5.31K
1.59%
8
897
159
Malaysia Trends
Fattah Amin dan Amira Othman menjadi perbualan hangat di Threads selepas seorang netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap interaksi mereka yang dianggap terlalu mesra. Netizen tersebut menyifatkan kemesraan pasangan selebriti itu sebagai "cringe" dan tidak sesuai ditonton, terutama apabila anak mereka sudah dewasa nanti. #MalaysiaTrends #FattahAmin #AmiraOthman
278.44K
2.39K
0.86%
9
495
298
Malaysia Trends
Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial terkenal Chazynash, iaitu Fatin Morat, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik luahan emosi di media sosial yang menyatakan dirinya berasa tidak kuat menghadapi ujian hidup selepas perceraian. Menerusi hantaran di platform Threads, Fatin menulis ringkas, “Saya rasa saya tak kuat,” sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan kata-kata semangat daripada orang ramai. Sebelum ini, Fatin pernah berkongsi beberapa hantaran yang menggambarkan dirinya sedang melalui proses pemulihan emosi selepas perpisahan. Warganet memberikan sokongan moral dan nasihat agar beliau terus tabah, termasuk menyarankan supaya mengambil kekuatan daripada anak-anak. Untuk rekod, Fatin dan Chazynash sah bercerai pada 23 Januari lalu. Chazynash sebelum ini mengakui bahawa perpisahan itu berlaku atas kesilapannya sendiri dan ianya merupakan keputusan bersama. #chazynash #fatinmorat #MalaysiaTrends
235.18K
2.71K
1.15%
5
110
47
Malaysia Trends
Perkongsian video siaran langsung penyanyi Datin Alyah di TikTok mencuri perhatian ramai apabila suaminya, maestro muzik Datuk Ramli MS (Tok Ram), turut serta membantu menjual tudung jenama Alyah. Kemunculan spontan Tok Ram yang turut memberi komen, mencadangkan warna tudung, dan membuat demo memakai tudung mencetuskan gelak tawa netizen. Malah, kehadirannya menyebabkan jumlah tontonan live meningkat mendadak dari sekitar 100 ke lebih 10,000 tontonan. Netizen terhibur dan memuji sokongan comel Tok Ram terhadap isterinya. #datinalyah #tokram #Malaysiatrends
231.88K
3.97K
1.71%
16
41
81
Malaysia Trends
Hari ini, 26 Julai 2025, satu perhimpunan besar, "Turun Anwar," sedang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur. Perhimpunan ini dianjurkan oleh pembangkang dan disokong oleh PAS serta beberapa NGO. Tujuan utama adalah untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meletakkan jawatan. Peserta mula berkumpul seawal pagi di beberapa lokasi utama seperti Pasar Seni, Sogo, dan Masjid Jamek. Dijangka mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka sekitar jam 2 petang. Antara isu yang dibangkitkan dalam rally ini adalah kenaikan kos hidup, cukai, dan skandal rasuah. Peserta juga menuntut perubahan dalam dasar pembangunan dan integriti badan kehakiman. Polis menempatkan lebih 2,000 anggota di lokasi-lokasi strategik bagi memastikan perhimpunan berlangsung dengan aman. Setakat ini, tiada insiden besar dilaporkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan bahawa beliau tidak akan menghadiri rally tersebut kerana tidak dijemput, dan menegaskan pentingnya perbezaan pendapat dilakukan secara beradab. #MalaysiaTrends #TurunAnwar
228.95K
3.94K
1.72%
80
507
205
Malaysia Trends
Abang ni nak Dr. Sam yang juga merupakan orang Terengganu untuk jadi Perdana Menteri pada masa akan datang. #malaysiatrends #turunanwar
219.07K
4.67K
2.13%
148
2.15K
749
Únase a nuestro grupo de Facebook TikTok Inspiration
¡Compartiremos los últimos videos creativos y podrá discutir cualquier pregunta que tenga con todos!
TiktokSpy from IXSPY
Herramientas digitales para influencers, agencias, anunciantes y marcas.
Compañía de terceros independiente, no el sitio web oficial de TikTok.
Copyright@2021 ixspy.com. All Rights Reserved